Pengenalan kepada Pusat Internet & Taklimat Klik dengan Bijak bersama Pelajar baru Giatmara Mambong sesi 1/2019 sempena Program Minggu Mesra Pelatih

9 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Januari 2019, Pusat Internet Kg Quop telah bekerjasama dengan Pusat Internet PPR Batu Gong, mengadakan sesi taklimat pengenalan kepada Perkhidmatan Pusat Internet & taklimat tentang keselamatan penggunaan internet. Taklimat ini diadakan bersempena dengan Program Minggu Mesra Pelatih yang diadakan bersama-sama 40 orang pelajar baru Giatmara Mambong. Taklimat ini bertujuan untuk mendedahkan tentang peranan pusat internet dalam membantu komuniti & memberi pendedahan kepada keselamatan penggunaan internet terutamanya keselamatan apabila menggunakan media sosial.

Para pelajar turut didedahkan kepada cara pemilihan kata laluan yang betul bagi mengelakkan akaun mereka di godam. Mereka juga diberi pendedahan tentang pentingnya mengunci telefon pintar agar maklumat-maklumat di dalam telefon mereka hanya boleh di akses oleh mereka sendiri sahaja.



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali